Nabi Sulaiman Dan Semut
Sulaiman bin Daud adalah satu-satunya Nabi yang memperoleh keistimewaan dari Allah
SWT sehingga bisa memahami bahasa binatang. Dia bisa bicara dengan burung Hud
Hud dan juga boleh memahami bahasa semut. Dalam Al-Quran surah An Naml, ayat 18-26
adalah contoh dari sebahagian ayat yang menceritakan akan keistimewaan Nabi yang
sangat kaya raya ini. Firman Allah, Dan Sulaiman telah mewarisi Daud dan dia berkata,
hai manusia, kami telah diberi pengertian tentang suara burung dan kami diberi
segala sesuatu. Sesungguhnya (semua) ini benar-benar suatu karunia yang nyata.
Dan dihimpunkan untuk Sulaiman tentaranya dari jin, manusia dan burung, lalu
mereka itu diatur dengan tertib (dalam barisan) sehingga apabila mereka sampai
di lembah semut berkatalah seekor semut, hai semut-semut, masuklah ke dalam
sarang-sarangmu agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tentaranya, sedangkan
mereka tidak menyadari.
Maka Nabi Sulaiman tersenyum dengan tertawa kerana mendengar perkataan semut
itu. Katanya, Ya Rabbi, limpahkan kepadaku karunia untuk mensyukuri nikmat-Mu
yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku; karuniakan
padaku hingga boleh mengerjakan amal soleh yang Engkau ridhai; dan masukkan
aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hambaMu yang soleh. (An-Naml: 16-19)
Menurut sejumlah riwayat, pernah suatu hari Nabi Sulaiman as bertanya kepada
seekor semut, Wahai semut! Berapa banyak engkau perolehi rezeki dari Allah dalam
waktu satu tahun? Sebesar biji gandum, jawabnya.
Kemudian, Nabi Sulaiman memberi semut sebiji gandum lalu memeliharanya dalam
sebuah botol. Setelah genap satu tahun, Sulaiman membuka botol untuk melihat
nasib si semut. Namun, didapatinya si semut hanya memakan sebahagian biji gandum
itu. Mengapa engkau hanya memakan sebahagian dan tidak menghabiskannya? tanya
Nabi Sulaiman. Dahulu aku bertawakal dan pasrah diri kepada Allah, jawab si
semut. Dengan tawakal kepada-Nya aku yakin bahawa Dia tidak akan melupakanku.
Ketika aku berpasrah kepadamu, aku tidak yakin apakah engkau akan ingat kepadaku
pada tahun berikutnya sehingga boleh memperoleh sebiji gandum lagi atau engkau
akan lupa kepadaku. Kerana itu, aku harus tinggalkan sebahagian sebagai bekal
tahun berikutnya.
Nabi Sulaiman, walaupun ia sangat kaya raya, namun kekayaannya adalah nisbi
dan terbatas. Yang Maha Kaya secara mutlak hanyalah Allah SWT semata-mata. Nabi
Sulaiman, meskipun sangat baik dan kasih, namun yang Maha Baik dan Maha Kasih
dari seluruh pengasih hanyalah Allah SWT semata. Dalam diri Nabi Sulaiman tersimpan
sifat terbatas dan kenisbian yang tidak dapat dipisahkan; sementara dalam Zat
Allah sifat mutlak dan absolut.
Bagaimanapun kayanya Nabi Sulaiman, dia tetap manusia biasa yang tidak boleh
sepenuhnya dijadikan tempat bergantung. Bagaimana kasihnya Nabi Sulaiman, dia
adalah manusia biasa yang menyimpan kedaifan-kedaifannya tersendiri. Hal itu
diketahui oleh semut Nabi Sulaiman. Kerana itu, dia masih tidak percaya kepada
janji Nabi Sulaiman ke atasnya. Bukan kerana khuatir Nabi Sulaiman akan ingkar
janji, namun khuatir Nabi Sulaiman tidak mampu memenuhinya lantaran sifat manusiawinya.
Tawakal atau berpasrah diri sepenuhnya hanyalah kepada Allah SWT semata, bukan
kepada manusia.
Title : Kisah Nabi Sulaiman Dan Semut
Description : Nabi Sulaiman Dan Semut Sulaiman bin Daud adalah satu-satunya Nabi yang memperoleh keistimewaan dari Allah SWT sehingga bisa memahami...